
Ruang Pejabat
Pinnacle Headquarters
Fit-out ibu pejabat korporat di Pinnacle PJ, merangkumi kaunter penyambut, lobi lif, bilik mesyuarat dan ruang rehat. Kawasan formalnya menggunakan batu, panel kayu dan chandelier gelang di kaunter penyambut, dengan siling bilah kayu dan lantai marmar di lobi lif. Ruang kerja pula lebih santai — panel akustik berpetak di lounge rehat, phone booth dan ceruk berdinding lumut, serta meja bangku panjang untuk kerja berkumpulan di tepi tingkap.
Lihat lagi










